Saturday, 13 December 2014

Hamparan Lakaran



Dihujung-hujung senja usia ini,
banyak yang bermain difikiran,
tapi yang paling mustahak,
apa persediaan untuk pulang mengadap Tuhan?

Diri ini masih lagi tercari-cari "something" untuk
mengisi kekosongan jiwa,
dan maybe juga insan2 diluar sana yang sama macam aku,
mahu pulang ke pangkal jalan.

dan..
Hati ini tak pernah nak cuba berubah keluar dari zone selesa,
entah mengapa? mengapa dan mengapa?
sedangkan jika ada usaha perubahan itu,
insyaAllah, Allah akan pandang usaha itu,
dan menolong kita..

masihkah kita nak meratapi persoalan yang bermain diminda,
sedangkan, jika kau usahakannya,
pasti akan nampak hasilnya..

Jawapan pada persoalan, 
ada.. ada pada diri kita sendiri,
ada.. ada pada fikiran kita sendiri,
ada.. ada pada hati kita sendiri,
ada ada ada ada dan ada...
ada... pada jiwa-jiwa yang mencintai Allah lebih dari segalanya,
ada.. ada pada tiap-tiap helaan nafas adalah untuk bertaqwa pada Allah,
ada.. ada segalanya jika kita meletakkan Allah dihati kita untuk semuanya..

Moga setiap helaan nafas yang dipinjamkan Allah,
ada manfaat untuk diri, family dan masyarakat..

"Berubahlah walaupun payah"
moga tidak sia-sia hidup didunia..
bekalan akhirat jangan dilupa..


hiyakat bt jiwa2 yg msh terkapai2 seperti aku..
'moga bahagia akhirat itu milik kita bersama'

~razan dasuki~


No comments:

Post a Comment