Thursday, 2 June 2016

Terluka

Hakikat,
Manusia akan pergi,
Pergi tinggalkan kau,
Tidak kira dia pernah baik dengan kau,
Tidak kira dia pernah menolong kau,
Tidak kira dia pernah menghargai kau,
Tidak kira dia pernah sayang kau,
Jika hati dia bukan pada kau,
Dia bakal tinggalkan kau,
Tinggalkan kau dibelakang,
Kerana mungkin mencari yang lain,
Yang lebih sesuai dengan rasa hati,
Yang lebih selesa dengan rasa jiwa,
Yang lebih serasi dengan raga,
Yang lebih segala benda,
Mungkin juga kerana keadaan memaksa,
Mungkin juga kerana keadaan mendesak,
Dan kerana itu,
Mungkin mereka memilih untuk pergi,
Pergi tanpa memikir perasaan yang lain,
Pergi tanpa memikir pahaman yang lain,
Pergi tanpa memikir panahan yang lain,
Pergi semata mencari hiburan,
Melepaskan gian,
Tanpa sedari yang banyak hati terluka~
Terluka dengan tindakan kamu.
Terluka.
~ Razan Dasuki~
June 3, 2016.
2.30 a.m